-->

Gadis Cerpen

Cik Cerpen

Ahlan wasahlan ke blog Cik Cerpen. Moga dapat mengambil pengajaran dan input yang penting daripada perkongsian di dini. Syukran Jazilan :)

Isnin, 15 Disember 2014

Cerpen-Kasih Ibu




KASIH IBU :)

By : cik cerpen


            “IBU,  AKU SAYANG PADAMU!” Kalimah murni ini tidak pernahku ungkapkan dari bibirku sendiri… ya, aku sebenarnya malu untuk melafazkannya kepada ibuku sendiri. Namun, jauh di sudut hati kecilku, aku terlalu sayang ibuku lebih daripada segala-galanya di atas muka bumi ini. Ya, ibuku telah membesarkan aku. Mana bisa aku lupakan dan nafikan semua ini. Oh, besarnya pengorbanan ibu…tidak akan  mampu aku bayar dengan wang dan harta kekayaan. Setulus kasihmu yang kau hamparkan dalam membesarkan aku tidak setanding dengan kasihku yang ku zahirkan padamu.
                Ibuku adalah seorang yang sangat baik hati. Dia seorang yang peramah. Ibuku mempunyai minat yang mendalam dalam menjahit. Jika sudah hampir musim buka sekolah, ibulah yang menjahit bajuku. Temasuklah ketika hampir musim hari raya. Ibu juga suka memasak. Jika aku makan di mana-mana aku tetap mengatakan masakan ibu lebih sedap. Masakan ibu yang paling aku gemari ialah ayam masak merah, sambal belacan dan mi goreng. Ibuku merupakan seorang ibu tunggal. Ketiadaan ayahku, membuatkan ibu cekal dan berusaha untuk menyara aku. Walaupun aku tidak dapat merasakan kasih sayang seorang ayah, namun, kasih sayang ibuku sudah cukup untuk diriku. Bagi aku, dialah ibu, dialah ayah.
               
             Matahari tersenyum menyambut kepulanganku dari sekolah. Setibanya di rumah, aku mendapati ibuku tiada di rumah. Hati aku merasa seperti ada sesuatu yang terjadi. Aku  mula risau.  Tiba-tiba, “Ring..ring..ring..ring..” Aku terus mendapatkan telefon rumah yang berada di tepi sofa. “Hello, assalamualaikum.. ini siapa?”Orang itu terus menjawab. “Waalaikumussalam.. Aleeya ini Mak Ngah!” lalu aku pun menjawab, “Oh.. mak ngah. Mengapa ini mak ngah? Kenapa suara seperti orang cemas sahaja!?” dengan suara yang teresak-esak Mak Ngah pun menjawab, “Aleeya, ibu kamu dimasukkan ke dalam hospital. Tadi semasa dia pulang dari pekan ada orang yang terlanggar dia menaiki kereta. Sekarang ibu Aleeya sedang dirawat di wad kecemasan. Dia koma.”
               
            Alangkah terkejutnya aku apabila mendengar berita itu. Butir-butir mutiara yang tadinya bertakung di tubir mata, kini ia mula mengalir di pipiku yang gebu ini. Alangkah pedihnya hati aku. Kawan-kawanku yang lain pulang dari sekolah dengan hati yang gembira. Aku?? Disambut  dengan berita yang sebegini.
               
           Aku terus meletakkan ganggang telefon, lalu aku menahan sebuah teksi dan aku terus mengarahkan pemandu teksi itu ke hospital yang  mana ibuku dirawat. Hatiku ketika berada di dalam teksi itu sangat gelisah. Hati dan fikiranku bersoal jawab. Adakah sempat untuk aku bertemu ibu?
               Setibanya di hadapan pagar utama hospital, aku mengarahkan pemandu teksi itu berhenti. Aku menghulurkan wang yang berada di poket sakuku dan terus berlari memasuki hospital. Aku berlari sepantas kilat untuk mendapatkan ibuku.
               
              Semasa aku berada di dalam wad ibuku, aku mendapati Mak Ngah berada di sisi ibuku dengan air mata yang berlinangan. Aku menegur Mak Ngah. Mak ngah menoleh ke arahku. Mak Ngah pantas aku peluk dengan erat. “Aleeya, sabar ya nak.. Allah sedang menguji kita.” Aku menangis lagi. Mak Ngah memberi peluang untuk aku berjumpa ibu.
                  
           Aku melihat ibu terbaring lemah di atas katil hospital. Aku menatap wajah ibu dengan linangan air mata. Aku kucup tangan ibu. Aku kucup pipi dan dahi ibu. Disaat ini hati aku terlalu pedih, sakit sekali melihat keadaan ibu yang terbujur kaku dan sakit ini. Aku duduk di tepi ibu dan berdoa semoga Allah cepat menyembuhkan ibu.
           
            Setelah sebulan empat hari ibu berada di hospital, akhirnya ibu sedar juga. Hati aku berasa sangat gembira.Alhamdulillah…  Kegembiraanku bagai sekawan kupu-kupu terbang di taman bunga. Tetapi , ibu di tahan buat seketika. Saat itu aku berasa sangat hairan..?
           
            Menjelang fajar menyinsing, wajah Mak Ngah yang bersinar bak permata kelihatan di muka hospital. Tetapi, Mak Ngah dipanggil oleh doktor yang merawat ibuku iaitu Doktor Suria. Aku hairan? Mengapa Mak Ngah dipanggil oleh doktor. Fikiranku mula bercampur baur. Dalam perjalanan aku ke tandas, aku terdengar suara Mak Ngah menangis di dalam bilik Doktor Suria. Aku berhenti di dalam bilik itu. Aku terdengar Mak Ngah berkata, “Doktor, sudah tiada cara lainkah untuk menyembuhkan penyakit kakak saya itu?” lalu doktor menjawab, “Puan, kita sudah tiada cara lain. Penyakit barah Puan Husna semakin kronik.”
          
              Aku terkejut mendengar berita buruk itu. Aku berlalu dari situ sambil mengenangkan apa yang dikatakan oleh doktor. Sekonyong-konyong butir mutiara jernih gugur membasahi pipiku. Aku berjalan memasuki  wad ibuku dengan lemah. Ibuku memandang wajahku dengan senyuman.
         
           “Kenapa dengan anak mama ni? Aleeya, kenapa menangis.?” Aku tersenyum sambil air mata ku berlinangan. “Tidak ada apa-apa ibu. Aleeya sedih tengok ibu terbaring dekat sini. Ibu jangan tinggalkan Aleeya ya..”  ibuku yang mendengar kata-kata itu ters menjawab, “Mengapa Aleeya berkata begitu?” aku hanya membisu seribu bahasa dan terus mendakap ibuku dengan erat.
             Pada keesokan harinya, Mak Ngah dipanggil sekali lagi ke bilik Doktor Suria. Ketika aku lalu di hadapan bilik Doktor Suria, aku terdengar sekali lagi perbualan di antara Mak Ngah dan Doktor Suria.
                    “Puan Nora, saya mahu bertanya kepada puan sama ada puan bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Puan Husna ataupun tidak. Jika Puan Nora ingin melakukan pembedahan terhadap Puan Husna juga, ia tidak akan membawa sebarang kesan terhadap Puan Husna kerana penyakit Puan Husna semakin kronik dan tidak boleh disembuhkan.” Sekali lagi air mata yang tadinya bertakung di tubir mata kini berlinangan di pipi. Sebak dadaku mendengar berita tersebut.
                 Ketika ibuku sedang tidur, aku mengeluarkan sebuah buku diari daripada beg bewarna merah pemberian  daripada arwah ayahku. Diari itulah tempat untukku mengadu segala perkara. Aku mengeluarkan sebatang pen, lalu aku menulis diari untuk hari ini.

Hari=selasa.
Tarikh=12.2.2013.
         
Hari yang amat menyedihkan buat aku. Ibu aku mendapat tahu yang hidupmu tidak lama lagi. Kau akan pergi menghadap ilahi terlebih dahulu. Segala-galanya berubah, aku mula berusaha untuk menyenangkan dan menjaga hati ibu. Aku tidak mahu hidup ibu terseksa namun lakuku menjelaskan aku sayang padamu…

        Air  mataku mengalir, tanpa aku sedari, ketika aku sedang menulis diari itu, Mak Ngah berada di sisiku. Mak Ngah turut membaca apa yang aku tulis.  Mak Ngah memandang ke  arah aku lalu terus memeluk aku.
          
         Azan menunjukkan waktu solat maghrib sudah tiba. Bayu turut meghembus menyapa tubuh kerdilku ketika dalam perjalanan ke surau yang berdekatan dengan hospital. Aku menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Ketika aku sedang solat, air mata aku mengalir kerana teringatkan ibu. Di dalam hati, aku sempat berkata, ‘ YA ALLAH, MENGAPA KAU BERI CUBAAN YANG BERAT KEPADA IBUKU….’ Air mataku terus mengalir. Seusai solat aku berdoa kepada Allah:

= Ya Allah, leraikanlah segala kepayahan yang dirasakan ibu..andai sudah tiba masanya Ya Allah, aku relakan kau ambil ibu daripadaku. Aku tidak sanggup melihat ibu terseksa. Aku tahu kau lebih menyayangi ibu. Amin….

                                                            
            Setelah selesai solat, aku terus berjalan menuju ke dalam wad ibuku. Aku meletakkan telekungku di atas sebuah meja yang terletak bersebelahan dengan katil ibu.  Aku duduk di atas sebuah kerusi, lalu aku tertidur. Ketika aku sedang tidur, tanpa aku sedari, ibuku telah terjaga. Aku sendiri tidak menyedari yang ibuku sudah terjaga.  Ibuku mengusap kepala aku. Aku terasa usapan itu, tetapi aku diam sahaja. Ibuku terlihat ada sebuah buku di dalam sebuah beg. Lalu, ibuku membaca diari yang aku tulis.  Aku terjaga daripada tidur. Aku terkejut kerana ibuku telah membaca diari yang aku tulis. Dengan serta merta, aku merampas diari itu daripada tangan ibuku. Ibuku terkejut lalu berkata, “Mengapa Aleeya merampas buku itu daripada ibu?” lalu dengan rasa bersalah aku terus menjawab, “Tiada apa-apa ibu. Aleeya mintak maaf kerana merampas buku itu daripada ibu.” Ibuku hanya terdiam.
                 
             Aku bimbang takut-takut ibu sudah tahu perkata yang sebenarnya. Jika ibu sudah tahu perkara yang sebenarnya ..bagaimana? Apa yang harus aku jawab? Moga-moga ibu tidak menyelak muka surat itu.
                                                                     
                  Sedang aku memberikan makanan tengah hari kepada ibuku, tiba-tiba ibuku bertanya, “Aleeya, boleh ibu tanya pada kamu satu soalan?”
                 
             Dengan perasaan yang hairan aku pun menjawab, “Apa soalan itu ibu?”  Ibuku terdiam , lalu berkata, “Jika ditakdirkan ibu sudak tiada…” Belum sempat ibuku menyambung percakapannya, aku terus berkata, “Ibu, jangan berkata begitu.Aleeya tidak sanggup hidup tanpa ibu. Aleeya cuma ada ibu seorang sahaja. Kalau ibu tiada, siapa yang mahu jaga Aleeya? Ibu jangan tinggalkan Aleeya ya..” Ibuku yang tadi menahan air matanya daripada jatuh, akhirnya tidak dapat menahan sebaknya dan terus memelukku dengan erat.
 
                   Malam itu, sekali lagi, ibu membuka  diari itu. Ketika ibuku hendak menyelak isi kandungan diari itu, tiba-tiba penanda bukuku terjatuh daripada muka surat yang bertarikh 12 Februari 2013. Ibuku membuka muka surat itu lalu membacanya. Ibuku terkejut dengan berita tersebut.
                 Ketika aku dalam perjalanan untuk pulang ke wad ibuku semula, aku melihat dua orang jururawat dan seorang doktor memasuki wad ibuku. Aku mulai rasa cemas? Aku terus berlari dengan pantas menuju ke arah wad ibuku. Setibanya di hadapan wad ibuku, seorang daripada jururawat itu meminta aku tunggu di luar. Hati aku mulai bercampur baur. Fikianku mulai terbayang perkara –perkara yang negatif.  Apa yang sebenarnya berlaku pada ibu?
                    
             Selang beberapa minit, doktor pun keluar daripada wad ibuku. Aku terus mendapatkan doktor. Lalu dengan perasaan sedih aku bertanya, “Doktor apa yang berlaku kepada ibu saya?”
Doktor terdiam, lalu berkata, “Aleeya, Aleeya anak yang kuatkan.. Aleeya sabar ya.. Penyakit barah ibu awak semakin teruk. Tadi, dia baru sahaja pengsan. Doktor harap Aleeya sabar ya.. Doktor pergi dahulu.” Aku terpaku dengan kata-kata doktor sebentar tadi.
              
           Ketika itu, perasaan sedih menyelubungi diriku. Sebak di dada hanya ALLAH sahaja yang tahu. Siapa tidak sedih jika mendengar berita itu. “YA ALLAH, KAU berikanlah ketabahan kepadaku.. Sesungguhnya, ENGKAU yang Maha Mengetahui segala-galanya.”
                       
                  
                Sudah dua hari berlalu, ibu masih belum sedar  daripada pengsannya. Aku dan mak ngah tidak tentu arah. Fikiran kami saling bercelaru. Kadangkala , hati ini jahat. Macam- macam yang dikatanya sehingga membuatkan aku bimbang.
                    Suatu hari, ketika aku dan mak ngah baru pulang dari surau, “Aleeya, boleh mak ngah tanya satu soalan?”
                       “Soalan apa mak ngah?”
                        “Aleeya tidak mahu ke sekolah ke?”
                       Aku menjawab, “Mak ngah, Aleeya tidak bersedia lagi. Lagipun, ibu masih tidak sihat.”
                     “Itu mak ngah faham. Tetapikan rugi kalau Aleeya tinggalkan pelajaran macam itu sahaja. Lagipun, tahun inikan Aleeya akan menduduki peperiksaan PT3..”
                      
              Hati ini terasa sakit apabila mendengar percakapan mak ngah itu. Seolah-olah,, mak ngah lebih suka aku mengambil berat tentang pelajaran daripada ibu.  Dengan perasaan yang marah aku menjawab, “Mak ngah! Aleeya tidak mahu, tidak mahu la. kenapa? Mak ngah tidak sukakah Aleeya menjaga ibu? Atau mak ngah tidak menyukai ibu?”
                         
             Kemudian, aku terus berlari dengan linangan air mata yang bercucuran dipipi. “Aleeya! Aleeya mahu ke mana itu..!” Aku terus berlari tanpa berkata apa-apa.
                       
               Aku termenung sendirian.Aku duduk di atas sebuah kerusi di halaman luar hospital. Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku tadi. Air mataku terus mengalir. Bilaku fikirkan kembali peristiwa tadi, aku berasa bersalah dengan mak ngah. Mungkin mak ngah mahu yang terbaik untuk aku. Astaghfirullahhalazim. “ Ya Allah, kau ampunkanlah dosa hambamu yang hina ini. Aku hanya manusia yang lemah.” Getus hatiku sendiriran.
                       
              Mak ngah mencariku di sekeliling hospital. Akhirnya, mak ngah menjumpai aku di halaman hospital. Mak ngah mendekati aku.  Lalu, mak ngah duduk di sebelahku. Aku terdiam.  Dia berkata, “ Mak ngah tahu yang manusia ini tidak boleh dipaksa. Mak ngah hanya nak yang terbaik untuk Aleeya.  Mak ngah sayang sangat dengan ibu Aleeya. Tiada sedetik pun dalam hati mak ngah, benci dengan ibu Aleeya.” Air mataku mengalir perlahan. Aku terus mendakap mak ngah dengan erat dan berkata, “ Mak ngah, Aleeya minta maaf.”  Mak ngah menjawab, “ Tidak mengapa Aleeya. Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Mak ngah maafkan kamu.”
                   
                      Beberapa minit kemudian, datang seorang jururawat ke arah ku dan mak ngah. Jururawat itu mengatakan ada kecemasan yang berlaku. Selepas kami mendengar berita itu, kami terus berlari sepantas kilat menuju ke wad ibu. Setibanya kami di hadapan wad ibu, kami melihat beberapa orang jururawat dan seorang doktor berada di dalam wad ibu. Seorang jururawat menyuruh aku dan mak ngah tunggu d luar. Hatiku mula berdebar.
                  
             Selang beberapa minit kemudian, doktor yang merawat ibuku keluar dari wad itu. Kelihatan muka doktor itu nampak serius bercampur sedih. Perasaanku mula bercampur baur. Doktor menyatakan, ibu tidak dapat  diselamatkan. Selepas ku mendengar kata-kata daripada doktor, aku terus berlari masuk ke dalam wad untuk mendapatkan ibu. Aku menatap wajah ibu. Manik-manik jernih yang kutahan selama ini menitis di hadapan tubuh ibu yang kaku. Akhirnya, terhambur juga. Segera aku memeluk ibu dan kukucup ibu semahuku. Terasa diriku tidak mahu meleraikan pelukan itu. Dengan perlahan. Aku membisikkan kalimah, “IBU, ALEEYA SAYANG IBU.” Akhirnya, kalimah rahsia ini mampu aku lafazkan. Mak ngah yang menyaksikan peristiwa itu turut sedih dan bersimpati denganku.
                         Aku redha dengan segala peristiwa yang terjadi pada hari ini. Mungkin segala yang berlaku pada diriku, ada hikmah disebaliknya. Aku perlu meneruskan hidup ini. Walaupun ibu dan ayahku sudah kembali ke rahmatullah, aku mesti tabah. Jodoh  pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan. Manusia ini hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya.
                                                   
                                 AKU HARAP IBU DAN AYAH TENANG DISANA :)
                                                       AL-FATIHAH…


:) Hargailah ibu anda. Ambillah pengajaran daripada cerpen yang serba ringkas ini.
:)sekian ..














Dicatat oleh Cik Cerpen di 11:29 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
Strawberry On Top Of Cupcake

Catatan Popular

  • Cerpen-Kasih Ibu
    KASIH IBU :) By : cik cerpen              “IBU,  AKU SAYANG PADAMU!” Kalimah murni ini tidak pernahku ungkapkan dari bibirku ...
  • Bedah Hadis ! =D
    SEDIKIT PERKONGSIAN BERKENAAN DENGAN SATU HADIS : LUASNYA PENGAMPUNAN ALLAH :) ~Diriwayatkan dari Anas r.a dia berkata : "...
  • Cantik Menambahkan Keyakinan Diri :)
    Kecantikan memberi kita inspirasi lantas kekuatan dan keyakinan pada diri . Tetapi, setiap apa yang kita miliki harus kita hargai, ja...
  • Wake up from lazy ! yeah ! =D
    Assalamualaikum :) hello ! holla ! I hope semua sihat and in pink now :D Dalam diri seseorang .. pasti ada ketikanya kita akan beras...
  • Pengalaman :)
    Assalamualaikum :) yuhuu ! Harap semua dalam keadaan sihat dan sejahtera semua :) Hari ni bosan sikit sebab kawan-kawan ramai yang ...
  • Antara Puisi Dan Realiti :)
    Dunia puisi sangat indah, Dunia realiti terkadang payah, Usah asyik berkeluh kesah, Kehidupan ini anugerah Allah. Ujia...
  • Ibrah :)
    SEDIKIT PERKONGSIAN DARIPADA BUKU : 30 HARI BERSAMA  ABU BAKAR AS-SIDDIQ :) MUTIARA HIKMAH. 1.Inilah sifat utama Abu...
  • 5 Ibrah Tentang Semut :)
    Antara banyak-banyak haiwan yang Allah ciptakan , ada satu haiwan kecil yang diceritakan di dalam al-Quran yang sangat istimewa buat or...

Mengenai Saya

Foto saya
Cik Cerpen
Aku tak terlahir dari keluarga yang berpendidikan tinggi yang mempunyai harkat martabat serta kehormatan yang melangit. Aku hanya terlahir dari keluarga yang mengajarkan cara bertahan untuk hidup dari hari ini untuk hari esok :)
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ▼  2014 (8)
    • ▼  Disember (6)
      • Antara Puisi Dan Realiti :)
      • 5 Ibrah Tentang Semut :)
      • Pengalaman :)
      • Cerpen-Kasih Ibu
      • Cantik Menambahkan Keyakinan Diri :)
      • Wake up from lazy ! yeah ! =D
    • ►  November (2)
Dikuasakan oleh Blogger.