SEDIKIT PERKONGSIAN DARIPADA BUKU :
30 HARI BERSAMA
ABU BAKAR AS-SIDDIQ
:) MUTIARA HIKMAH.
1.Inilah sifat utama Abu Bakar as-Siddiq. Beliau selalu menjadi orang yang pertama melakukan kebaikan, termasuklah dalam menyambut seruan Nabi untuk memeluk Islam. Beliau tidak berfikir panjang dan terus menerima dengan senang hati. Sikap inilah yang perlu kita contohi. Kita harus menjadi pelapor dalam kebaikan. Seperti yang dilakukan Abu Bakar, dia bukan sahaja orang pertama yang menyambut seruan Nabi. Malahan mengajak orang lain. Nah, ini juga pengajaran menarik. Kita harus mengajak orang lain untuk berbuat baik. Semakin ramai orang yang kita ajak, semakin besar peluang kita untuk mendapatkan pahala di sisi Allah swt.
2.Selalu membenarkan Nabi Sallahhualaihiwasallam, itulah kelebihan Abu Bakar. Sifat ini juga yang harus kita teladani dari dirinya.
3. Kisah ini menggambarkan tentang kesetiaan Abu Bakar as Siddiq terhadap Nabi. Bagi kita contoh ini sangat penting. Kesetiaan kita terhadap Nabi Muhammad boleh ditunjukkan dengan mengamalkan sunnah –sunnah baginda. Kita mempraktikkan segala yang diajarkan oleh Rasullah. Misalnya, tidak makan ketika berdiri, tidak minum dengan tangan kiri. Serta selalu membaca doa sebelum dan selepas makan. Semua itu termasuk cara kita setia kepada Nabi sebagaimana Abu Bakar.
4.Kisah ini berkisahkan pengorbanan. Kita sangat yakin, kalau Abu Bakar tahu titisan air matanya akan membangunkan Nabi, tentu dia akan mengelapnya. Buktinya, ketika Nabi menanyakan tentang keadaannya, Abu Bakar tidak mahu berterus terang kerana khuatir mengganggu Nabi. Sebuakh kisah teladan yang harus kita contohi.
5. Inilah gambaran ketegasan Abu Bakar . Ketegasan ini tidak berat sebelah. Beliau harus menegakkan kebenaran meskipun berhadapan dengan sesiapa pun termasuk ketika menyalahi pendapat orang ramai. Pendapat orang ramai tidak boleh menjadi penghalang kebenaran jika berhadapan dengan kitab Al-Quran atau hadis. Kawan-kawan sekalian, kalau pemimpin sudah memutuskan , maka anak buah harus melaksanakan. Kalau mahu berdebat atau menyanggah cadangan orang lain, hendaknya dilakukan sebelum keputusan diambil.
6. Kisah ini memberikan penjelasan tentang kemuliaan Abu Bakar dan ketawadukkan Umar bin Khattab. Bayangkan, ketika orang membandingkannya dirinya dengan Abu Bakar, Umar menyangkal dan menjelaskan kelebihan Abu Bakar. Bukan dirinya. Selain itu, kisah ini memaparkan kecintaan Abu Bakar terhadap Rasullah.
7.Ini juga termasuk kelebihan Abu Bakar. Dia selalu mendahului dalam melakukan kebaikan. Umar bin Khattab yang kadang kala ingin berlumba dalam kebaikan dengan Abu Bakar, sering kalah. Seperti kisah di atas. Umar baru datang ke rumah Abdullah bin Ma’sud. Abu Bakar sudah keluar. Begitulah seharusnya kita. Dalam hal kebaikan kita idak boleh menunda-nunda. Kebaikan harus dilakukan segera. Kerana, menunda-nunda termasuk cara syaitan menggoda manusia. Misalnya, ketika waktu solat tiba, kita harus segera melakukannya. Demikian juga dengan kebaikan lainnya. Kalau kita dapat laksanakan segera, jangn ditunda. Ingat kata pepatah : APA YANG DAPAT KAU KERJAKAN HARI INI, JANGAN DITUNDA SAMPAI ESOK.
8.Kisah tersebut menunjukkan sikap dermawan Abu Bakar. Tanpa berharap balasan, dia membebaskan Bilal bin Rabbah dari mendapat seksaan dan menjadi penghambaan Umayyah bin Khalaf. Bukan kali ini sahaja Abu Bakar membebaskan hamba. Terdapat puluhan hamba lain yang beliau bebaskan. Abu Bakar juga memberikan bantuan yang tidak terhingga untuk kepentingan islam. Ketika Perang Tabuk, dia menginfaqkan semua hartanya. Dia hanya meniggalkan Allah dan Rasullah untuk keluarganya.
9.Kita belajar tawaduk daripada Abu Bakar. Walaupun beliau khlifah, tetapi beliau membiarkan orang bawahannya, Usamah, berada di atas kuda sedangkan dia sendiri di atas tanah di bawah Usamah. Bagi seorang mukmin, sikap tawaduk menjadi modal menggapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
10.Ini teladan seorang pemimpin. Meski ditentang para sahabatnya, tapi kerana keputusan itu dianggap benar, meneruskan perintah Rasullah, maka Abu Bakar tidak pernah mundur. Dia tetap melaksanakan titah baginda. Ini menunjukkan ketegasan sikap Abu Bakar as Siddiq yang diteladani dari Rasullah. Dalam menghadapi kemungkaran, tidak boleh ada kata tolak ansur.
11. Persahabatan mulia seperti inilah yang mesti kita teladani. Ini kerana hak antara seorang mukmin
Semoga kita mampu menjadikan khalifah Abu Bakar as-Siddiq model kehidupan :) In Shaa Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan