Antara banyak-banyak haiwan yang Allah ciptakan , ada satu haiwan kecil yang diceritakan di dalam al-Quran yang sangat istimewa buat orang yang membaca. Lebih besar 'nilainya' apabila kisah ini digandingkan dengan Nabi Sulaiman. Itulah aku ; semut yang kecil tetapi punya 1001 pelajaran buat manusia :)
- Mesra : Aku sentiasa berhenti seketika dan 'beramah mesra' tatkala bertemu. Aku tidak mengganggap diri aku lebih baik daripada rakan yang lain kerana semuanya merupakan kawanku yang mengangkat makanan bersama-sama nanti.
- Patuhi pada arahan ketua : Aku mempunyai seorang ketua yang diberi gelaran Permaisuri Semut. Antara kami belum pernah ada yang mengingkari arahan permaisuri. Hal ini menjadikan kami satu pasukan yang hebat.
- Kerjasama : Ternyata kerja secara berjemaah itu pilihan kami. Faktor saiz bukan penghalang buat kami mencapai matlamat . Semangat yang kuat itu lebih utama dalam menentukan kejayaan.
- Menghargai masa : Tiada sifat malas dalam kamus hidupku. Pernahkan kalian perasan kami duduk-duduk bermalasan ?? Apa aktiviti kamu ketika melihat aku dan rakan-rakanku ?Aku pasti ketika itu kai sedang leka mengangkat makanan. Paling tidak pun dalam perjalanan bersama kumpulan atau bersendirian. Ya , kami tiada masa untuk duduk-duduk sahaja. Masa walaupun sesaat amat bernilai buat kami.
- Yakin pada pencipta : Kami percaya dengan Pencipta Kami. Mana mungkinTuhan Kami zalim dalam menciptakan kami. Dai mencukupkan keperluan dalam keadaan kami tidak menyangka bahawa makhluk kecil seperti kami juga masih ada bahagiaanya di dalam dunia ini.
Allahu .. Sungguh indah peribadi sang semut. Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada kisah diatas. Aaminn In Shaa Allah :)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan