Kecantikan memberi kita inspirasi lantas kekuatan dan keyakinan pada diri . Tetapi, setiap apa yang kita miliki harus kita hargai, jangan cuba melampaui segala yang bukan hakiki, sebab setiap apa yang ada alah anugerah Ilahi.
Cantik itu subjektif. Memberi pilihan untuk memanjai diri. Yang penting niat kita untuk memiliki bukan untuk pujian pada diri atau kebanggaan di hati. Yang penting melakukan sesuatu dengan keikhlasan. Sebagaimana yang telah kita ketahui bersama, ikhlas merupakan suatu hal yang haris ada dalam setiap kebaikan kita.
Amal kebaikan yang tidak terdapat keikhlasan di dalamnya hanya akan menghasilkan kesia-siaan belaka. Berhijablah kerana Allah SWT :) Perlahan-lahan hijab itu akan menjadi bahagian diri dan tidak akan melepaskan diri hijab.
Mari cantikkan diri dan juga peribadi :)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan