-->

Gadis Cerpen

Cik Cerpen

Ahlan wasahlan ke blog Cik Cerpen. Moga dapat mengambil pengajaran dan input yang penting daripada perkongsian di dini. Syukran Jazilan :)

Khamis, 27 November 2014

Bedah Hadis ! =D

SEDIKIT PERKONGSIAN BERKENAAN DENGAN SATU HADIS :


LUASNYA PENGAMPUNAN ALLAH :)


~Diriwayatkan dari Anas r.a dia berkata : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda  : "Allah s.w.t berfirman : " Wahai anak Adam, selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku maka Aku akan mengampunimu atas apa yang ada padamu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu memenuhi awan yang ada dilangit kemudian engkau pinta keampunan kepada-Ku, tentu Aku mengampunimu. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan yang memenuhi bumi, kemudian engkau bertemu dengan-Ku dengan keadaan tidak menyekutukan Aku  sedikitpun, maka akan Aku berikan kepadamu pengampunan sepenuh bumi"

(Hadis riwayat at-Tarmidzi dan dia berkata hadis ini hadis hasan shahih)

-Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tarmidzi dalam kitab Abwabud-Da'awat, (Bab : Diampuni dosa seberapa pun besarnya) Nombor 3534-


Intisari Hadis :

1. Keluasan kurniaan Allah S.W.T. dan kemurahan-Nya pada para hamba-Nya iaitu apabila seseorang hamba berdosa lalu bertaubat dari dosanya itu kemudian memohon keampuan-Nya pasti Allah S.W.T. memberikan keampunan-Nya meskipun dosanya itu sangat banyak.

2. Orang yang mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah S.W.T. (tidak musyrik) dia mempunyai harapan masuk syurga.

3. Setiap manusia itu tidak bebas dari dosa-dosa tetapi apabila berdosa dan memohon keampunan Allah S.W.T. Dia memperkenankan permohonannya itu dan mengampuni dosa.

4. Hadis ini menyanggah fahaman orang-orang Khawarij dan mu'tazilah yang mengkafirkan seorang muslim kerana berbuat dosa besar.


Tafsir Hadis :

Hadis ini membawa berita gembira bagi umat Islam yang menunjukkan keluasan rahmat dan kurniaan Allah S.W.T. serta kemurahan-Nya di mana apabila umat Islam berbuat dosa besar lalu memohon keampunan Allah S.W.T. dan tidak putus asa dari rahmat Allah S.W.T., maka Allah S.W.T. mengampuni dosanya itu meskipun berapa besar dosanya, selama mana dia tidak menyekutukan-Nya : 

" Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak akan mengampuni dosa syirik dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya."

(Surah an-Nisa' : 48)

"Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T. mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah az-Zumar : 53)



Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada hadis di atas :)
In Shaa Allah :)

Dicatat oleh Cik Cerpen di 10:01 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ibrah :)


SEDIKIT PERKONGSIAN DARIPADA BUKU :




30 HARI BERSAMA 
ABU BAKAR AS-SIDDIQ


:) MUTIARA HIKMAH.

1.Inilah sifat utama Abu Bakar as-Siddiq. Beliau selalu menjadi orang yang pertama melakukan kebaikan, termasuklah dalam menyambut seruan Nabi untuk memeluk Islam. Beliau tidak berfikir panjang dan terus menerima dengan senang hati. Sikap inilah yang perlu kita contohi. Kita harus menjadi pelapor dalam kebaikan. Seperti yang dilakukan Abu Bakar, dia bukan sahaja orang pertama yang menyambut seruan Nabi. Malahan mengajak orang lain. Nah, ini juga pengajaran menarik. Kita harus mengajak orang lain untuk berbuat baik. Semakin ramai orang yang kita ajak, semakin besar peluang kita untuk mendapatkan pahala di sisi Allah swt.

2.Selalu membenarkan Nabi Sallahhualaihiwasallam, itulah kelebihan Abu Bakar. Sifat ini juga yang harus kita teladani  dari dirinya.

3. Kisah ini menggambarkan tentang kesetiaan Abu Bakar as Siddiq terhadap Nabi. Bagi kita contoh ini sangat penting. Kesetiaan kita terhadap Nabi Muhammad boleh ditunjukkan dengan mengamalkan sunnah –sunnah baginda. Kita mempraktikkan segala yang diajarkan oleh Rasullah. Misalnya, tidak makan ketika berdiri, tidak minum dengan tangan kiri. Serta selalu membaca doa sebelum dan selepas makan. Semua itu termasuk cara kita setia kepada Nabi sebagaimana Abu Bakar.

4.Kisah ini berkisahkan pengorbanan. Kita sangat yakin, kalau Abu Bakar tahu titisan air matanya akan membangunkan Nabi, tentu dia akan mengelapnya. Buktinya, ketika Nabi menanyakan tentang keadaannya, Abu Bakar tidak mahu berterus terang kerana khuatir mengganggu Nabi. Sebuakh kisah teladan yang harus kita contohi.

5. Inilah gambaran ketegasan Abu Bakar . Ketegasan ini tidak berat sebelah. Beliau harus menegakkan kebenaran meskipun berhadapan dengan sesiapa pun termasuk ketika menyalahi pendapat orang ramai. Pendapat orang ramai tidak boleh menjadi penghalang kebenaran jika berhadapan dengan kitab Al-Quran atau hadis.  Kawan-kawan sekalian, kalau pemimpin sudah memutuskan , maka anak buah harus melaksanakan. Kalau mahu berdebat atau menyanggah cadangan orang lain, hendaknya dilakukan sebelum keputusan diambil.

6. Kisah ini memberikan penjelasan tentang kemuliaan Abu Bakar dan ketawadukkan Umar bin Khattab. Bayangkan, ketika orang membandingkannya dirinya dengan Abu Bakar, Umar menyangkal dan menjelaskan kelebihan Abu Bakar. Bukan dirinya. Selain itu, kisah ini memaparkan kecintaan Abu Bakar terhadap Rasullah.

7.Ini juga termasuk kelebihan Abu Bakar. Dia selalu mendahului dalam melakukan kebaikan. Umar bin Khattab yang kadang kala ingin berlumba dalam kebaikan dengan Abu Bakar, sering kalah. Seperti kisah di atas. Umar baru datang ke rumah Abdullah bin Ma’sud. Abu Bakar sudah keluar. Begitulah seharusnya kita. Dalam  hal kebaikan kita idak boleh menunda-nunda. Kebaikan harus dilakukan segera. Kerana, menunda-nunda termasuk cara syaitan menggoda manusia. Misalnya, ketika waktu solat tiba, kita harus segera melakukannya. Demikian juga dengan kebaikan lainnya. Kalau kita dapat laksanakan segera, jangn ditunda. Ingat kata pepatah : APA YANG DAPAT KAU KERJAKAN HARI INI, JANGAN DITUNDA SAMPAI ESOK.

8.Kisah tersebut menunjukkan sikap dermawan Abu Bakar. Tanpa berharap balasan, dia membebaskan Bilal bin Rabbah dari mendapat seksaan dan menjadi penghambaan Umayyah bin Khalaf. Bukan kali ini sahaja Abu Bakar membebaskan hamba. Terdapat puluhan hamba lain yang beliau bebaskan. Abu Bakar juga memberikan bantuan yang tidak terhingga untuk kepentingan islam. Ketika Perang Tabuk, dia menginfaqkan semua hartanya. Dia hanya meniggalkan Allah dan Rasullah untuk keluarganya.

9.Kita belajar tawaduk daripada Abu Bakar. Walaupun beliau khlifah, tetapi beliau membiarkan orang bawahannya, Usamah, berada di atas kuda sedangkan dia sendiri di atas tanah di bawah Usamah. Bagi seorang mukmin, sikap tawaduk menjadi modal menggapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

10.Ini teladan seorang pemimpin. Meski ditentang para sahabatnya, tapi kerana keputusan itu dianggap benar, meneruskan perintah Rasullah, maka Abu Bakar tidak pernah mundur. Dia tetap melaksanakan titah baginda. Ini menunjukkan ketegasan sikap Abu Bakar as Siddiq yang diteladani dari Rasullah. Dalam menghadapi kemungkaran, tidak boleh ada kata tolak ansur.

11. Persahabatan mulia seperti inilah yang mesti kita teladani. Ini kerana hak antara seorang mukmin 



Semoga kita mampu menjadikan khalifah Abu Bakar as-Siddiq model kehidupan :) In Shaa Allah.

Hasbunallah wani'mal wakil :)  
Dicatat oleh Cik Cerpen di 9:08 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Laman utama
Langgan: Ulasan (Atom)
Strawberry On Top Of Cupcake

Catatan Popular

  • Cerpen-Kasih Ibu
    KASIH IBU :) By : cik cerpen              “IBU,  AKU SAYANG PADAMU!” Kalimah murni ini tidak pernahku ungkapkan dari bibirku ...
  • Bedah Hadis ! =D
    SEDIKIT PERKONGSIAN BERKENAAN DENGAN SATU HADIS : LUASNYA PENGAMPUNAN ALLAH :) ~Diriwayatkan dari Anas r.a dia berkata : "...
  • Cantik Menambahkan Keyakinan Diri :)
    Kecantikan memberi kita inspirasi lantas kekuatan dan keyakinan pada diri . Tetapi, setiap apa yang kita miliki harus kita hargai, ja...
  • Wake up from lazy ! yeah ! =D
    Assalamualaikum :) hello ! holla ! I hope semua sihat and in pink now :D Dalam diri seseorang .. pasti ada ketikanya kita akan beras...
  • Pengalaman :)
    Assalamualaikum :) yuhuu ! Harap semua dalam keadaan sihat dan sejahtera semua :) Hari ni bosan sikit sebab kawan-kawan ramai yang ...
  • Antara Puisi Dan Realiti :)
    Dunia puisi sangat indah, Dunia realiti terkadang payah, Usah asyik berkeluh kesah, Kehidupan ini anugerah Allah. Ujia...
  • Ibrah :)
    SEDIKIT PERKONGSIAN DARIPADA BUKU : 30 HARI BERSAMA  ABU BAKAR AS-SIDDIQ :) MUTIARA HIKMAH. 1.Inilah sifat utama Abu...
  • 5 Ibrah Tentang Semut :)
    Antara banyak-banyak haiwan yang Allah ciptakan , ada satu haiwan kecil yang diceritakan di dalam al-Quran yang sangat istimewa buat or...

Mengenai Saya

Foto saya
Cik Cerpen
Aku tak terlahir dari keluarga yang berpendidikan tinggi yang mempunyai harkat martabat serta kehormatan yang melangit. Aku hanya terlahir dari keluarga yang mengajarkan cara bertahan untuk hidup dari hari ini untuk hari esok :)
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ▼  2014 (8)
    • ►  Disember (6)
    • ▼  November (2)
      • Bedah Hadis ! =D
      • Ibrah :)
Dikuasakan oleh Blogger.