KASIH
IBU :)
By : cik cerpen
“IBU, AKU SAYANG PADAMU!” Kalimah murni ini tidak
pernahku ungkapkan dari bibirku sendiri… ya, aku sebenarnya malu untuk
melafazkannya kepada ibuku sendiri. Namun, jauh di sudut hati kecilku, aku
terlalu sayang ibuku lebih daripada segala-galanya di atas muka bumi ini. Ya,
ibuku telah membesarkan aku. Mana bisa aku lupakan dan nafikan semua ini. Oh,
besarnya pengorbanan ibu…tidak akan mampu aku bayar dengan wang dan harta kekayaan.
Setulus kasihmu yang kau hamparkan dalam membesarkan aku tidak setanding dengan
kasihku yang ku zahirkan padamu.
Ibuku adalah seorang yang
sangat baik hati. Dia seorang yang peramah. Ibuku mempunyai minat yang mendalam
dalam menjahit. Jika sudah hampir musim buka sekolah, ibulah yang menjahit
bajuku. Temasuklah ketika hampir musim hari raya. Ibu juga suka memasak. Jika
aku makan di mana-mana aku tetap mengatakan masakan ibu lebih sedap. Masakan
ibu yang paling aku gemari ialah ayam masak merah, sambal belacan dan mi goreng.
Ibuku merupakan seorang ibu tunggal. Ketiadaan ayahku, membuatkan ibu cekal dan
berusaha untuk menyara aku. Walaupun aku tidak dapat merasakan kasih sayang
seorang ayah, namun, kasih sayang ibuku sudah cukup untuk diriku. Bagi aku,
dialah ibu, dialah ayah.
Matahari tersenyum menyambut
kepulanganku dari sekolah. Setibanya di rumah, aku mendapati ibuku tiada di
rumah. Hati aku merasa seperti ada sesuatu yang terjadi. Aku mula risau.
Tiba-tiba, “Ring..ring..ring..ring..” Aku terus mendapatkan telefon
rumah yang berada di tepi sofa. “Hello, assalamualaikum.. ini siapa?”Orang itu
terus menjawab. “Waalaikumussalam.. Aleeya ini Mak Ngah!” lalu aku pun
menjawab, “Oh.. mak ngah. Mengapa ini mak ngah? Kenapa suara seperti orang
cemas sahaja!?” dengan suara yang teresak-esak Mak Ngah pun menjawab, “Aleeya,
ibu kamu dimasukkan ke dalam hospital. Tadi semasa dia pulang dari pekan ada
orang yang terlanggar dia menaiki kereta. Sekarang ibu Aleeya sedang dirawat di
wad kecemasan. Dia koma.”
Alangkah terkejutnya aku apabila
mendengar berita itu. Butir-butir mutiara yang tadinya bertakung di tubir mata,
kini ia mula mengalir di pipiku yang gebu ini. Alangkah pedihnya hati aku.
Kawan-kawanku yang lain pulang dari sekolah dengan hati yang gembira. Aku??
Disambut dengan berita yang sebegini.
Aku terus meletakkan ganggang
telefon, lalu aku menahan sebuah teksi dan aku terus mengarahkan pemandu teksi
itu ke hospital yang mana ibuku dirawat.
Hatiku ketika berada di dalam teksi itu sangat gelisah. Hati dan fikiranku
bersoal jawab. Adakah sempat untuk aku bertemu ibu?
Setibanya di hadapan pagar utama
hospital, aku mengarahkan pemandu teksi itu berhenti. Aku menghulurkan wang
yang berada di poket sakuku dan terus berlari memasuki hospital. Aku berlari
sepantas kilat untuk mendapatkan ibuku.
Semasa aku berada di dalam wad
ibuku, aku mendapati Mak Ngah berada di sisi ibuku dengan air mata yang
berlinangan. Aku menegur Mak Ngah. Mak ngah menoleh ke arahku. Mak Ngah pantas
aku peluk dengan erat. “Aleeya, sabar ya nak.. Allah sedang menguji kita.” Aku
menangis lagi. Mak Ngah memberi peluang untuk aku berjumpa ibu.
Aku melihat ibu terbaring
lemah di atas katil hospital. Aku menatap wajah ibu dengan linangan air mata.
Aku kucup tangan ibu. Aku kucup pipi dan dahi ibu. Disaat ini hati aku terlalu
pedih, sakit sekali melihat keadaan ibu yang terbujur kaku dan sakit ini. Aku
duduk di tepi ibu dan berdoa semoga Allah cepat menyembuhkan ibu.
Setelah sebulan empat hari ibu
berada di hospital, akhirnya ibu sedar juga. Hati aku berasa sangat
gembira.Alhamdulillah… Kegembiraanku
bagai sekawan kupu-kupu terbang di taman bunga. Tetapi , ibu di tahan buat
seketika. Saat itu aku berasa sangat hairan..?
Menjelang fajar menyinsing, wajah
Mak Ngah yang bersinar bak permata kelihatan di muka hospital. Tetapi, Mak Ngah
dipanggil oleh doktor yang merawat ibuku iaitu Doktor Suria. Aku hairan?
Mengapa Mak Ngah dipanggil oleh doktor. Fikiranku mula bercampur baur. Dalam
perjalanan aku ke tandas, aku terdengar suara Mak Ngah menangis di dalam bilik
Doktor Suria. Aku berhenti di dalam bilik itu. Aku terdengar Mak Ngah berkata,
“Doktor, sudah tiada cara lainkah untuk menyembuhkan penyakit kakak saya itu?”
lalu doktor menjawab, “Puan, kita sudah tiada cara lain. Penyakit barah Puan
Husna semakin kronik.”
Aku terkejut mendengar berita buruk
itu. Aku berlalu dari situ sambil mengenangkan apa yang dikatakan oleh doktor.
Sekonyong-konyong butir mutiara jernih gugur membasahi pipiku. Aku berjalan
memasuki wad ibuku dengan lemah. Ibuku
memandang wajahku dengan senyuman.
“Kenapa dengan anak mama ni? Aleeya,
kenapa menangis.?” Aku tersenyum sambil air mata ku berlinangan. “Tidak ada
apa-apa ibu. Aleeya sedih tengok ibu terbaring dekat sini. Ibu jangan
tinggalkan Aleeya ya..” ibuku yang
mendengar kata-kata itu ters menjawab, “Mengapa Aleeya berkata begitu?” aku
hanya membisu seribu bahasa dan terus mendakap ibuku dengan erat.
Pada keesokan harinya, Mak Ngah
dipanggil sekali lagi ke bilik Doktor Suria. Ketika aku lalu di hadapan bilik
Doktor Suria, aku terdengar sekali lagi perbualan di antara Mak Ngah dan Doktor
Suria.
“Puan
Nora, saya mahu bertanya kepada puan sama ada puan bersetuju untuk melakukan
pembedahan ke atas Puan Husna ataupun tidak. Jika Puan Nora ingin melakukan
pembedahan terhadap Puan Husna juga, ia tidak akan membawa sebarang kesan
terhadap Puan Husna kerana penyakit Puan Husna semakin kronik dan tidak boleh
disembuhkan.” Sekali lagi air mata yang tadinya bertakung di tubir mata kini
berlinangan di pipi. Sebak dadaku mendengar berita tersebut.
Ketika ibuku sedang tidur, aku
mengeluarkan sebuah buku diari daripada beg bewarna merah pemberian daripada arwah ayahku. Diari itulah tempat
untukku mengadu segala perkara. Aku mengeluarkan sebatang pen, lalu aku menulis
diari untuk hari ini.
Hari=selasa.
Tarikh=12.2.2013.
Hari yang amat menyedihkan buat aku.
Ibu aku mendapat tahu yang hidupmu tidak lama lagi. Kau akan pergi menghadap
ilahi terlebih dahulu. Segala-galanya berubah, aku mula berusaha untuk
menyenangkan dan menjaga hati ibu. Aku tidak mahu hidup ibu terseksa namun
lakuku menjelaskan aku sayang padamu…
Air
mataku mengalir, tanpa aku sedari, ketika aku sedang menulis diari itu,
Mak Ngah berada di sisiku. Mak Ngah turut membaca apa yang aku tulis. Mak Ngah memandang ke arah aku lalu terus memeluk aku.
Azan menunjukkan waktu solat maghrib sudah tiba. Bayu turut meghembus menyapa
tubuh kerdilku ketika dalam perjalanan ke surau yang berdekatan dengan
hospital. Aku menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Ketika aku sedang
solat, air mata aku mengalir kerana teringatkan ibu. Di dalam hati, aku sempat
berkata, ‘ YA ALLAH, MENGAPA KAU BERI CUBAAN YANG BERAT KEPADA IBUKU….’ Air
mataku terus mengalir. Seusai solat aku berdoa kepada Allah:
= Ya Allah, leraikanlah segala
kepayahan yang dirasakan ibu..andai sudah tiba masanya Ya Allah, aku relakan
kau ambil ibu daripadaku. Aku tidak sanggup melihat ibu terseksa. Aku tahu kau
lebih menyayangi ibu. Amin….
Setelah selesai solat, aku terus
berjalan menuju ke dalam wad ibuku. Aku meletakkan telekungku di atas sebuah
meja yang terletak bersebelahan dengan katil ibu. Aku duduk di atas sebuah kerusi, lalu aku
tertidur. Ketika aku sedang tidur, tanpa aku sedari, ibuku telah terjaga. Aku
sendiri tidak menyedari yang ibuku sudah terjaga. Ibuku mengusap kepala aku. Aku terasa usapan
itu, tetapi aku diam sahaja. Ibuku terlihat ada sebuah buku di dalam sebuah beg.
Lalu, ibuku membaca diari yang aku tulis.
Aku terjaga daripada tidur. Aku terkejut kerana ibuku telah membaca
diari yang aku tulis. Dengan serta merta, aku merampas diari itu daripada
tangan ibuku. Ibuku terkejut lalu berkata, “Mengapa Aleeya merampas buku itu daripada
ibu?” lalu dengan rasa bersalah aku terus menjawab, “Tiada apa-apa ibu. Aleeya
mintak maaf kerana merampas buku itu daripada ibu.” Ibuku hanya terdiam.
Aku bimbang takut-takut ibu
sudah tahu perkata yang sebenarnya. Jika ibu sudah tahu perkara yang sebenarnya
..bagaimana? Apa yang harus aku jawab? Moga-moga ibu tidak menyelak muka surat
itu.
Sedang aku memberikan makanan
tengah hari kepada ibuku, tiba-tiba ibuku bertanya, “Aleeya, boleh ibu tanya
pada kamu satu soalan?”
Dengan perasaan
yang hairan aku pun menjawab, “Apa soalan itu ibu?” Ibuku terdiam , lalu berkata, “Jika
ditakdirkan ibu sudak tiada…” Belum sempat ibuku menyambung percakapannya, aku
terus berkata, “Ibu, jangan berkata begitu.Aleeya tidak sanggup hidup tanpa
ibu. Aleeya cuma ada ibu seorang sahaja. Kalau ibu tiada, siapa yang mahu jaga
Aleeya? Ibu jangan tinggalkan Aleeya ya..” Ibuku yang tadi menahan air matanya
daripada jatuh, akhirnya tidak dapat menahan sebaknya dan terus memelukku dengan
erat.
Malam itu, sekali lagi, ibu
membuka diari itu. Ketika ibuku hendak
menyelak isi kandungan diari itu, tiba-tiba penanda bukuku terjatuh daripada
muka surat yang bertarikh 12 Februari 2013. Ibuku membuka muka surat itu lalu
membacanya. Ibuku terkejut dengan berita tersebut.
Ketika aku dalam perjalanan
untuk pulang ke wad ibuku semula, aku melihat dua orang jururawat dan seorang doktor
memasuki wad ibuku. Aku mulai rasa cemas? Aku terus berlari dengan pantas menuju
ke arah wad ibuku. Setibanya di hadapan wad ibuku, seorang daripada jururawat
itu meminta aku tunggu di luar. Hati aku mulai bercampur baur. Fikianku mulai
terbayang perkara –perkara yang negatif.
Apa yang sebenarnya berlaku pada ibu?
Selang beberapa minit, doktor pun keluar
daripada wad ibuku. Aku terus mendapatkan doktor. Lalu dengan perasaan sedih
aku bertanya, “Doktor apa yang berlaku kepada ibu saya?”
Doktor terdiam, lalu berkata,
“Aleeya, Aleeya anak yang kuatkan.. Aleeya sabar ya.. Penyakit barah ibu awak
semakin teruk. Tadi, dia baru sahaja pengsan. Doktor harap Aleeya sabar ya..
Doktor pergi dahulu.” Aku terpaku dengan kata-kata doktor sebentar tadi.
Ketika itu, perasaan sedih
menyelubungi diriku. Sebak di dada hanya ALLAH sahaja yang tahu. Siapa tidak
sedih jika mendengar berita itu. “YA ALLAH, KAU berikanlah ketabahan kepadaku..
Sesungguhnya, ENGKAU yang Maha Mengetahui segala-galanya.”
Sudah dua hari berlalu, ibu
masih belum sedar daripada pengsannya.
Aku dan mak ngah tidak tentu arah. Fikiran kami saling bercelaru. Kadangkala ,
hati ini jahat. Macam- macam yang dikatanya sehingga membuatkan aku bimbang.
Suatu hari, ketika aku dan
mak ngah baru pulang dari surau, “Aleeya, boleh mak ngah tanya satu soalan?”
“Soalan apa mak ngah?”
“Aleeya tidak mahu ke
sekolah ke?”
Aku menjawab, “Mak ngah,
Aleeya tidak bersedia lagi. Lagipun, ibu masih tidak sihat.”
“Itu mak ngah faham.
Tetapikan rugi kalau Aleeya tinggalkan pelajaran macam itu sahaja. Lagipun,
tahun inikan Aleeya akan menduduki peperiksaan PT3..”
Hati ini terasa sakit apabila
mendengar percakapan mak ngah itu. Seolah-olah,, mak ngah lebih suka aku
mengambil berat tentang pelajaran daripada ibu.
Dengan perasaan yang marah aku menjawab, “Mak ngah! Aleeya tidak mahu,
tidak mahu la. kenapa? Mak ngah tidak sukakah Aleeya menjaga ibu? Atau mak ngah
tidak menyukai ibu?”
Kemudian, aku terus
berlari dengan linangan air mata yang bercucuran dipipi. “Aleeya! Aleeya mahu
ke mana itu..!” Aku terus berlari tanpa berkata apa-apa.
Aku termenung
sendirian.Aku duduk di atas sebuah kerusi di halaman luar hospital. Aku masih
tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku tadi. Air mataku terus mengalir.
Bilaku fikirkan kembali peristiwa tadi, aku berasa bersalah dengan mak ngah.
Mungkin mak ngah mahu yang terbaik untuk aku. Astaghfirullahhalazim. “ Ya
Allah, kau ampunkanlah dosa hambamu yang hina ini. Aku hanya manusia yang
lemah.” Getus hatiku sendiriran.
Mak ngah mencariku di
sekeliling hospital. Akhirnya, mak ngah menjumpai aku di halaman hospital. Mak
ngah mendekati aku. Lalu, mak ngah duduk
di sebelahku. Aku terdiam. Dia berkata,
“ Mak ngah tahu yang manusia ini tidak boleh dipaksa. Mak ngah hanya nak yang
terbaik untuk Aleeya. Mak ngah sayang
sangat dengan ibu Aleeya. Tiada sedetik pun dalam hati mak ngah, benci dengan
ibu Aleeya.” Air mataku mengalir perlahan. Aku terus mendakap mak ngah dengan
erat dan berkata, “ Mak ngah, Aleeya minta maaf.” Mak ngah menjawab, “ Tidak mengapa Aleeya.
Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Mak ngah maafkan kamu.”
Beberapa minit kemudian,
datang seorang jururawat ke arah ku dan mak ngah. Jururawat itu mengatakan ada
kecemasan yang berlaku. Selepas kami mendengar berita itu, kami terus berlari sepantas
kilat menuju ke wad ibu. Setibanya kami di hadapan wad ibu, kami melihat
beberapa orang jururawat dan seorang doktor berada di dalam wad ibu. Seorang
jururawat menyuruh aku dan mak ngah tunggu d luar. Hatiku mula berdebar.
Selang beberapa minit
kemudian, doktor yang merawat ibuku keluar dari wad itu. Kelihatan muka doktor
itu nampak serius bercampur sedih. Perasaanku mula bercampur baur. Doktor
menyatakan, ibu tidak dapat
diselamatkan. Selepas ku mendengar kata-kata daripada doktor, aku terus
berlari masuk ke dalam wad untuk mendapatkan ibu. Aku menatap wajah ibu. Manik-manik
jernih yang kutahan selama ini menitis di hadapan tubuh ibu yang kaku.
Akhirnya, terhambur juga. Segera aku memeluk ibu dan kukucup ibu semahuku.
Terasa diriku tidak mahu meleraikan pelukan itu. Dengan perlahan. Aku
membisikkan kalimah, “IBU, ALEEYA SAYANG IBU.” Akhirnya, kalimah rahsia ini
mampu aku lafazkan. Mak ngah yang menyaksikan peristiwa itu turut sedih dan
bersimpati denganku.
Aku redha dengan
segala peristiwa yang terjadi pada hari ini. Mungkin segala yang berlaku pada
diriku, ada hikmah disebaliknya. Aku perlu meneruskan hidup ini. Walaupun ibu
dan ayahku sudah kembali ke rahmatullah, aku mesti tabah. Jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan.
Manusia ini hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya.
AKU HARAP IBU DAN AYAH
TENANG DISANA :)
AL-FATIHAH…
:) Hargailah ibu anda. Ambillah pengajaran daripada cerpen yang serba ringkas ini.
:)sekian ..